Pages

Wednesday 23 November 2011

"Sabar"- Ubat Untukku...



 Lama duk tunggu sape2 update blog ni...tp tak de orang nak update...mungkin smua sibuk ngan kerja masing masing... report, kadai, mid-term... ape pon gambare siapkan smua tu...

Alhamdulillah, ari ni cuti... dlam banyak2 hari, memang aku amat berharap sangat dapat cuti hari Rabu ni..kenapa?..sbab hari ni aku ada  3 kls n smua subjek berat... tengok subjek pun da rasa cam malas nak pegi. Tapi, aku kena ingat, aku datang Jepun ni bukan untuk main2... datang berserta dengan amanat dari JPA dan ibu bapa aku untuk belajar, bukan untuk main2. So, walaupun susah, aku mesti pegang amanah dan berusaha untuk belajar bersungguh-sungguh..

Sebelum ni, aku ada belek2 blog, n terbaca cerpen ni: Harga.

Cerpen ni memang sdikit menaikkan semangat diri aku, yang sememangnya memerlukan sesuatu untuk membakar balik semangat yang semakin pudar dalam diri aku ni...

Lepas baca cerpen ni, terasa pulak nak conteng blog ni...sebagai satu luahan, untuk melepaskan stress yang aku alami skrang... Benda yang paling penting yang aku dapat dari cerpen ni; Sabar adalah kunci ke syurga. Tapi aku menulis kali ni bukan untuk mengulas tentang cerpen tu, sbab kalau nak tau pasal cerpen tu, aku rase   lebih baik bace sendiri kot. Lagi mudah untuk paham kandungan sebenar cerpen tu.


Apa yang aku nak tulis kali ni tentang ayat Quran yang aku dapat drpd cerpen ni:

"Dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, sesungguhnya 
tiadalah yang berputus asa daripada rahmat Allah melainkan orang-orang Kafir"
(Surah Yusuf ayat 87)







Ayat Quran surah Yusuf ni aku tujukan khas untuk diri aku sendiri dan umumnya kepada sesiapa yang terbaca entri aku kali ni. Smemangnya antara tujuan utama aku tulis entri ni adalah sebagai peringatan kepada diri aku sendiri, supaya dengan setiap perkataan yang aku coretkan kat sini, aku dapat praktikkan dalam dunia sebenar yang aku jalani skrang. Tp kalau ader sape2 yang tengah mid-term, banyak kadai nak buat.. mungkin bleh ambik intipati daripada ayat tersebut... Ini adalah salah satu benda yang aku nak kongsi kpd budak2 batch... Nk jumpa smua skali smata-mata nak bagi nasihat.. macam mustahil je...so ni aku rasa salah satu cara untuk kita nasihat-menasihati antara satu sama lain...Ape pon, entri kali ni lebih kepada kisah aku yang 'kesorangan' dalam kelas...


Berbalik kepada ayat di atas, ayat tersebut adalah kata-kata Nabi Allah, Yakub a.s kepada anak-anaknya untuk tidak berputus asa dari mencari berita tentang Nabi Allah Yusuf a.s. Tak perlu rasanya nak ceritakan lebih lanjut tentang kisah Nabi Allah Yusuf  a.s buat masa skrang, aku cuma nak ambik pengertian dr ayat tersebut untuk di implikasikan dalam kehidupan aku kat sini.

Selama 7 bulan lebih aku belajar dekat Jepun ni, memang tipu kalau aku katakan yang aku tak pernah ada perasaan berputus asa. Aku nak ingat balik ingatan aku mase sem 1 dulu. Sem 1 memang cukup meletihkan bagi aku. Seblum bertolak ke Jepun, aku skadar dok rumah, bangun, tidur, makan... langsung tak pernah sentuh buku slama hampir 3 bulan. Bila datang Jepun, rasa macam tiba2 kena bljar, dan yang paling susah untuk adapt, bhasa Jepun. Sbulan berada kat Jepun, masuk kelas, start nak pikir balik... Kenapalah aku pilih nak belajar kat Jepun ni... dulu time buat persediaan kat AAJ, bukan main berharap lagi dapat lulus exam, smbung belajar kat Jepun. Tp bila da dok kat Jepun ni..rase macam nak balik pulak.. Sebab utamanya... tak paham bhsa Jepun. Masuk pulak kelas Matematik, budak2 Jepun masing2 tunjuk terer.. Aku yang memang lemah skit bab2 mengira ni... bila tengok dorang rilek je time kelas.. da mula rasa down.. "budak2 jepun ni bijak sangat ke or aku yang tak bijak sbenarnya ni,"aku mula mempersoalkan keadaan aku time tu.

Inilah sebenarnya hakikat yang aku jalani sepanjang sem 1. Pengalaman yang aku rasa memang aku takkan alami kalau aku belajar di Msia...

Tapi...

Realitinya, aku memang berseorangan. Tp aku kena sentiasa ingat bahawa Allah sentiasa bersama aku. Sama dalam apa yang disebut dalam ayat di atas, sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir. Aku kena ingat bahawa aku ini seorang MUSLIM, beragama ISLAM. Aku mesti sentiasa meminta rahmat drpd Allah. Kefahaman dalam menuntut ilmu, kesenangan dalam memperolehi ilmu, kejayaan dalam peperiksaan, smuanya rahmat daripada Allah. Jadi aku tak boleh berhenti dari meminta rahmat Allah. Aku tak boleh jadikan tak faham bahasa Jepun sebagai alasan untuk berputus asa, berseorangan dalam komuniti bukan Islam juga bukan satu alasan untuk berputus asa dalam meminta rahmat Allah. Apa yang paling penting, aku harus sentiasa ingat, selagi aku bergelar seorang MUSLIM, aku dilarang sama sekali untuk berputus asa dari rahmat Allah, kerana yang berputus asa dr rahmat Allah, hanyalah orang-orang kafir. Ya Allah, kekalkan lah aku dalam agama-Mu.

Memang tak aku nafikan, sekarang pun,semakin hari semakin banyak kerja yang aku dapat. Masih juga menghadapi masalah dalam memahami pelajaran , dan masih lagi 'berseorangan' di dalam kelas, hanya bertemankan teman2 Jepun yang masih belum mengenal erti Islam. Tapi aku anggap semua itu antara ujian yang aku harus lalui, slama perjalanan aku di sini. Apa yang aku harus buat skrang, sabar dalam menghadapi ujian tersebut. Semoga Allah bersama orang-orang yang sabar.

“Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkan kesabaranmu, dan tetaplah bersiap-siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung.” 
(Surah ali-Imran ayat 200).

The street I walk in, will never be fun without any obstacle through it

Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada kami di Hiroshima,
permudahkan segala urusan kami di dunia dan  di akhirat

p/s: saya budak baru belajar, kalau salah tolong tunjukkan

No comments:

Post a Comment