Pages

Tuesday 21 February 2012

Perginya tahun pertama...

Alhamdulillah, hampir setahun kami menjejakkan kaki di bumi Hiroshima ni... dan Alhamdulillah masing-masing masih lagi dapat hidup dengan tenang dan tenteram di bumi asing ni...

Walaupun da masuk suku ketiga bulan 2, tp ini adalah kalam pertama dari saya untuk blog ni...hmm, bukan tak nak update sebenarnya tp, tak berkesempatan untuk update...dan yang lain2 pun mungkin sibuk dengan hal masing2...(walaupun blog ni sepatutnya ada 7 penulis, tp stakat ni sy sorang je yang dok update..hmm)... tp, biarlah perkara tersebut, selagi smua bath heisei 23 nendo ni masih penulis kpd blog ni, smua dialu-alukan untuk menulis apa2 shaja untuk blog ni...

pic from here

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tahun pertama kami kat sini akhirnya diakhiri dengan majlis soubetsukai senpai2 yang berjaya graduate...Jom kita sama-sama berusaha untuk graduate macam senpai2 kita tu semua.

Baiklah, time2 cuti ni, bagi yang tak balik dan tak pegi mana2, memang banyak masa terluang...sampai kadang2 tu naik boring duk rumah tak buat apa2... so, bila memang dah tak tau nak buat apa, baru la terasa nak menulis kat sini... Mungkin juga sebagai kansou sy terhadap tahun pertama di sini.

Kali ni, aku untuk kansou, rasa sy nak berkongsi apa yang sy faham berkenaan cerita yang sy post sebelum ni, pasal Pemotong Kayu dan Kapak. Cerita ni bukan sy yang tulis, tp just copy past dr blog lain (lupa pulak blog mana), tp drpd kisah ni, ada sesuatu yang sy mengerti dan terasa ingin untuk berkongsi kepada heisei 23 nendo yg lain. Mungkin apa yang sy faham ni, bukan lah apa yang sebenarnya ingin diberitahu oleh penulis asal kisah ni (sebenarnya tak tau kisah ni betul ke atau fiksyen semata-mata ^^), tp bg sy inilah apa yang bleh diambil drpd kisah ini. So kepada penulis asal kisah ni, minta maaf kalau pemahaman sy berbeza dengan maksud kisah ni yang sebenar.

Apa yang sy faham daripada kisah ni?

Selepas baca kisah ni, sy sbenarnya terpukul untuk mengimbas kembali sejarah kehidupan saya di sini. Terasa macam ada sesuatu yang sy rasakan sama tentang hidup yang sy sedang lalui ni dengan apa sebenarnya diceritakan dalam kisah tersebut.

Pemotong tersebut dijanjikan dengan gaji lumayan, sentiasa gigih berusaha... tp dia segigih mana pun dia berusaha, hasilnya brkurangn dari masa ke semasa. bila ditanya, adakah dia mengasah kapaknya atau tidak, pemotong tersebut menjawab, dia tidak ada masa untuk mengasah kapaknya kerana terlalu sibuk memotong kayu.

Sekali baca, sy faham apa yang cuba disampaikan adalah, kita sebagai manusia sering lupa apa yang paling penting untuk kita. Apabila dijanjikan dengan sesuatu yang lumayan, smua berusaha untuk mendapatkan ganjaran yang lumayan tersebut, sehingga lupa, disamping berusaha, kita juga harus sentiasa berfikir lebih, bukan sekadar berusaha dengan membabi buta, tp tetap kena ambik tahu akan hal2 lain yang mungkin berkaitan dengan usaha kita tersebut. Apakah hal2 tersebut, mungkin hal2 yang berbeza bagi setiap orang.

Bagi sy sendiri, yang merupakan seorang pelajar muslim, apakah hal2 tersebut?

Seperti si pemotong kayu yang lupa untuk mengasah kapaknya, seorang pelajar muslim mungkin lupa untuk mengasah hatinya, terlalu kuat belajar, sehingga lupa untuk lenih mendekatkan diri dengan Allah.

Bagi kes kami di Hiroshima ni, setiap bulan dapat biasiswa, tiap hari pegi kelas, study untuk exam, tp sebagai pelajar muslim, kita sebenarnya harus sedar erti 'muslim' itu sendiri. Lagi2 kami di hiroshima yang sentiasa dikelilingi pelajar jepun ni.

Ya, memang benar kita seorang pelajar, dan tugas pelajar adalah untuk belajar. Tp, bagi mereka yang mengaku Islam, secara automatiknya orang akan pandang kita sebagai seorang muslim, secara langsung meletakkan status kita sebagai seorang pelajar muslim. Bukan skadar 'pelajar' tetapi 'pelajar muslim', dan perkataan muslim inilah yang membezakan diri kita dengan orang lain.

Bila kita mengaku akan status kita sebagai muslim, walaupun kita seorang pelajar, tp kita hendaklah sentiasa mengasah hati kita untuk lebih dekat kepada Allah. Apa kaitannya dengan menjadi seorang pelajar dengan keperluan untuk mengasah hati?

Apabila bergelar seorang muslim, menjadi satu kewajipan untuk kita memperhambakan diri kepada Allah. Untuk itu, disarankan untuk kita supaya sentiasa bertanya kepada diri kita dengan 3 soalan :-

1) Dari mana kita datang

  • Kita beriman bahawa kita ini diciptakan oleh Allah, dan hidup kita ini Allah yang punya. Bila kita            mengakui bahawa kita ni sebenarnya datang dari Allah, maka tak ade sebab untuk kita melanggar aturan yang ditetapkan Allah.


2) Kenapa kita didatangkan

  • "Aku tidak ciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-KU"             -Az-Zariyat:56-
  • Apabila kita faham akan sebab kita didatangkan oleh Allah, barulah kita boleh faham apa sebenarnya tugas kita. Drpd ayat surah Az-Zariyat ayat 56, kita dapat faham, tujuan hidup kita hanyalah untuk beribadah kepada Allah. Semua perkara yang dilakukan itu haruslah disandarkan kepada Allah. Jadi apa yang patut dilakukan oleh pelajar muslim?
  • Sebagai pelajar muslim, kita harus ingat bahawa tujuan kita belajar pun adalah kerana Allah. Barulah boleh faham bahawa belajar itu juga adalah salah satu bentuk ibadah. Bila faham bahawa belajar itu adalah satu ibadah barulah kita boleh lebih dekat dengan Allah. Walaupun tengah belajar untuk exam, tp hati kita kena sentiasa ingat pada Allah. Barulah boleh timbul perasaan seronok untuk belajar.
  •  Apabila dok fikir, " argh!! banyaknye report, homework pun tak buat lagi...tension...tension!!!", bukannya akan menyelesaikan masalah, lagi tambah masalah ade la... tp bila kita tau bahawa setiap perkara itu adalah ibadah bila disandarkan kepada Allah, maka percayalah, kita akan lebih mudah untuk buat semua kerja2 tu. Dan pahala pun bertambah (^-^).

3) Ke mana kita akan pergi

  • Kita kene ingat "Sesungguhnya kita ini datang daripada Allah, dan sesungguhnya kita akan pergi kepada Allah."
  • Hidup kita ini bukan berakhir di dunia sahaja, suatu hari nanti kita akan dibangkitkan untuk menjalani hidup di akhirat sana. Apa yang menentukan cara hidup kita di akhirat sana adalah amalan2 kita di dunia sekarang.
  • Jadi kene tau bahawa, kejayaan yang mutlak bagi seorang muslim adalah bila dia berjaya mendapat syurga Allah, dan kegagalan mutlak bagi seorang muslim adalah bila dia dihukum neraka oleh Allah.
  • Untuk itu, hidup kita di dunia ini, mesti diisi dengan amalan2 yang akan menjamin kita kejayaan yang mutlak tersebut. Jadi tak bleh main2 kat dunia ni...
  • Tapi jangan jadikan ini sebagai alasan pulak untuk kita tidak berusaha dalam pelajaran. Jangan fikir "tak pe kejayaan muslim bila dia dapat syurga Allah, jadi kalau failed exam pun bukan bg kesan pun...", lebih2 bg pelajar2 kat luar negara ni. Kita mesti sentiasa ingat akan status 'pelajar muslim' yang kita pegang ni. Orang lain yang bukan muslim tetap akan tetap tengok pencapaian kita kat dunia ni. Kene ingat, bila kita failed exam, orang bukan sahaja akan judge kita, tapi akan turut judge agama Islam yang kita bawak itu sendiri. Jangan disebabkan kita, nama Islam itu dipandang rendah dan diperlekehkan... Semoga dijauhkan Allah dari berlaku.

Itulah 3 soalan yang kita harus sentiasa bertanya kepada diri kita, sentiasa mengasah hati kita supaya tidak terbabas dari laluan asal kita. 3 soalan ini mungkin kita selalu dengar dari ceramah2 agama, tapi adakah kita mempraktikkannya dalam kehidupan kita?

Report itu menyeronokkan bila dibuat kerana Allah..
( maybe akan sedikit tension bila tak leh buat, tp tetap seronok bila fikir dapat pahala..^^)

Sebagai kata akhir, ingatlah bahawa perhambaan kita terhadap Allah itu bukan hanya semasa kita solat, zikir...tp setiap apa yang kita buat itu haruslah disandarkan kepada Allah. Bermain kerana Allah, belajar kerana Allah, makan pun kerana Allah... barulah kita akan merasai nikmat Islam, Islam sebagai satu cara hidup, bukan sekadar agama.

Ini mungkin kalimah akhirah drpd sy sebagai penutup tahun pertama bath heisei 23 nendo. Dalam kansou ni memang saya hanya membicarakan pasal iman, sebab sy rasa itulah yang paling banyak saya belajar dalam tahun pertama ni. Tak perlu rasanya untuk saya membicarakan pasal exam ape semua tu. Saya sudah memberikan yang terbaik, sekarang hanya tinggal doa dan tawakkal sahaja. Semoga Allah memberikan kejayaan dalam semua subjek yg sy ambik, InsyAllah. Begitu juga doa sy kepada teman2 yang lain....

Semoga tahun kedua nanti, kita boleh memperbaiki kelemahan-kelemahan kita pada tahun pertama. 
InsyaAllah, semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita, pelajaran kita di bumi Hiroshima ini. 

1年目,お疲れさまでした。
よし、みんな、2年目もまた頑張りましょう。

p/s: ini mungkin adalah kata2 akhir untuk tahun ni, tp kalau ada masa, maybe akan upload gambar2 aktiviti2 sepanjang tahun pertama kami di sini. (^-^)