Pages

Saturday 3 December 2011

Pemotong Kayu dan Kapak


Pada zaman dahulu, ada seorang lelaki yang sangat kuat dan rajin, memohon untuk bekerja memotong kayu balak.


Melihat susuk badannya yang sasa, ditambah dengan usianya yang masih muda dan keadaan kesihatannya yang baik, lelaki tersebut mendapat pekerjaan itu tanpa banyak halangan.


Dia dijanjikan gaji yang lumayan beserta insentif lain seperti kediaman khas pekerja di pinggir hutan. Dia berjanji akan bekerja bersungguh-sungguh.


Lelaki tersebut dibekalkan sebilah kapak dan majikannya menunjukkan kawasan yang dia perlu bekerja.


Pada hari pertama sahaja dia berhasil memotong 18 batang pokok. Majikannya sungguh seronok dan gembira lantas berkata kepadanya,”tahniah, bagus kerja kamu. Esok kamu teruskan memotong banyak lagi pokok di sebelah sana.”


Si pemotong kayu sangat gembira dan bersemangat untuk bekerja lebih tekun. Dia menghabiskan kebanyakan masa di dalam hutan memotong pokok termasuk pada hung minggu.


Namun dari sehari ke sehari, jumlah pokok yang dapat dipotongnya berkurangan, walaupun jumlah jam bekerjanya bertambah dan dia telah berusaha gigih.


Akhirnya lelaki tersebut bertemu majikannya meminta maaf kerana tidak dapat melakukan yang terbaik.


“Mesti saya dah tak kuat lagi memotong kayu,”kata pemotong kayu itu dengan wajah sugul.


“kenapa kamu kata begitu?”


“sebab jumlah pokok yang saya tebang sehari berkurang. Saya telah berusaha bekerja lebih masa, keluar awal pagi dan pulang lewat petang tetapi jumlah pokok yang mampu ditebang bukan sekadar tidak bertambah malah berkurang.”


“Bila kali terakhir kamu asah kapak kamu?”kini giliran majikannya bersuara.


“asah? Maaf tuan, saya tak ada masa nak asah kapak saya. Saya sangat sibuk memotong pokok.”
....................................................................................................................................................................

Seharian kita menjalani kehidupan, kita sering terlepas pandang apa yang sebenarnya lebih penting untuk kita lakukan.Seorang pelajar, yang hanya fokus untuk lulus peperiksaan, terus belajar dan belajar untuk mencapai apa yang dicita; iaitu lulus dalam peperiksaan. Seorang peniaga, terus berniaga dan berniaga, untuk mengaut lebih keuntungan. Begitu juga dengan kerjaya2 yang lain. Kita biasa nampak apa yang zahir di depan mata kita, tp sering lupa apa yang kita tidak nampak. Akhirnya, sebagaimana kisah si pemotong kayu di atas, walaupun saban hari berkerja dengan tekun, mempunyai keazaman yang tinggi, dan berusaha untuk menjadi lebih baik, tapi akhirnya, apa yang berlaku tidak seperti yang diharapkan. Sebagai alasan kegagalan, si pemotong kayu memberikan alasan bahawa dia sebenarnya tidak kuat lagi untuk memotong kayu. Sebuah alasan yang sememangnya tidak logik dijadikan alasan, sedangkan dia berusaha lebih dari hari ke hari untuk memotong pokok.

Banyak yang boleh disamakan antara kisah tersebut dengan kisah kita sebagai peljar muslim. Sebelum sy beri pendapat sy, masing2 cuba ambik iktibar dari kisah tersebut dan implikasi dalam kehidupan seharian kita. Jika masa mengizinkan, sy akan cuba beri pendapat aku tentang kisah ini dengan kehidupan kita pebagai seorang pelajar muslim.

No comments:

Post a Comment